Persetujuan Bermaklumat
Lembaran Maklumat Kajian dan Borang Persetujuan Peserta
Kami menjemput anda untuk menyertai Kajian Rintis bagi kajian ini. Sila luangkan masa untuk membaca dan memahami maklumat kajian seperti berikut:
Apakah tujuan kajian ini?
Objectif 1: Untuk meneroka ciri dan motivasi pembaca terhadap Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane dalam Bahasa Malaysia (demografi, tujuan melayari halaman, cara menemui halaman Cochrane, persepsi terhadap relevansi, sama ada mereka mencari maklumat tentang penyakit tertentu, atau rawatan bagi penyakit tersebut, atau keberkesanan rawatan, kejelasan, dan kebolehpercayaan maklumat Cochrane).
Objectif 2: Untuk menilai kesan pembacaan ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia terhadap keputusan penjagaan kesihatan pembaca (sama ada apa yang mereka baca berguna untuk mereka, dan adakah ia membantu dalam membuat keputusan).
Adakah terdapat risiko? Tiada risiko yang dijangka berkaitan dengan penyertaan dalam kajian ini. Semua maklumat yang dikongsikan akan kekal sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penambahbaikan instrumen soal selidik serta menyokong kajian ini. Data akan dianonimkan, dan tiada jawapan individu akan dapat dikenal pasti dalam laporan atau penerbitan.
Bagaimana kajian ini membantu saya?
Walaupun tiada manfaat peribadi secara langsung, penyertaan anda akan menyumbang kepada:
- Penambahbaikan kualiti maklumat penjagaan kesihatan untuk komuniti berbahasa Melayu
- Menyokong inisiatif literasi kesihatan di Malaysia dan rantau sekitarnya
- Meningkatkan keupayaan awam membuat keputusan kesihatan berdasarkan bukti yang boleh dipercayai
Anda juga menyumbang kepada satu inisiatif akademik penting dalam mempromosikan komunikasi penjagaan kesihatan berasaskan bukti di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC).
Perlukan maklumat lanjut?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
- Penyelidik Utama (PI): Prof Madya Dr. Teguh Haryo Sasongko School of Medicine and Institute for Research, Development, and Innovation, IMU University, Malaysia|📧 Email: teguhharyosasongko@imu.edu.my, tghsasongko@gmail.com|📞 Phone: 0129874175
- Pembantu Penyelidik (PP): Dr. Mohammed Irfan Abdul Malick Sahib. School of Medicine, IMU University, Kuala Lumpur Malaysia. Email: MohammedIrfan@imu.edu.my
- Pembantu Penyelidik (PP): Enny Rachmani, S.K.M., M.Kom., Ph.D, Faculty of Health Science, Universitas Dian Nuswantoro, Indonesia|📧Email: enny.rachmani@dsn.dinus.ac.id